Wednesday 27 June 2012

Child Development Record M.Zachary Zico





just receive a Child Development Record Harry....dlm tu ada mark 0 till 3....than every activity or about skill n  kognitive he get 2 and 3....so mummy not expect yg highest mark pun..asal harry ada basic dan ada skill nak buat yg teacher comand, its Ok la...myb after this kena improve step by step lagi apa yg kurang....and u know what, its soooo cool ada anak ni....rugi lah sepa yg sampai hati p buang² anak yg x berdosa tu, bnyk benda kita belajar dr start preggy sampailah membesarkan mereka. we never STOP LEARN sampai lah bila²...dan its very enjoy have them(child) kerana merekala HARTA kita di DUNIA dan AKHIRAT....hehehehe.....






Beberapa Hasil kerja Zachary utk setengah tahun......as a mommy im happy, proud n terharu dengan  setiap hasil yag dia buat...i never tot yg dia boleh buat semua ni dgn umur dia yg setahun jagung...Apapun mommy Proud baby...mummy tidak harap se'PERFECT begini tapi he did a very well......gud luck my son....!!


 Perkembangan fizikal ( anak 4 years)

Mereka boleh berlari menggunakan hujung kaki. Mereka juga berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di ‘monkey bar’, melompat dengan satu kaki, ‘rope skipping’. Mereka juga boleh membaling bola.

Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Mereka boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Mereka gemar membuka zip, ‘velcro’ atau magnet dan membuka butang baju. Kadang-kadang mereka mahu mengenakan butang baju anda. Mereka juga sudah mula mahu mengenakan pakaian dengan sendiri. Mereka gemar memasang tali kasut sendiri, mula menggunakan gunting, mula boleh menulis secara kasar. Semasa bermain mereka amat aktif dan lebih agresif.


Perkembangan Sosio-emosi

Kadang-kandang mereka mengadakan kawan bayangan. Mereka memuji diri sendiri dan suka mengarah. Imaginasi mereka amat aktif.
  
Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai. Mereka mungkin agresif, tetapi tetapi perlukan kawan-kawan untuk bergembira dan bermain bersama-sama. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu, bapa, doctor, jururawat, posmen, polis dan guru. Mereka menghargai pujian untuk pencapaian mereka.

Kanak-kanak berumur 4 tahun perlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti lain boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran.

Perkembangan Kepintaran

Mereka bertanya banyak soalan, tentang ‘macamana’ dan ‘kenapa’. Mereka banyak bercakap. Bahasa mereka akan termasuk juga perkataan yang tidak sesuai. Mereka gemar topik perbincangan yang serius. Mereka sudah boleh faham konsep-konsep asas seperti nombor, saiz, warna, tekstur, jarak, masa dan posisi objek. Kemahiran membeza dan menyisih serta kemahiran berfikir mereka semakin berkembang baik.

No comments:

Post a Comment