Monday 27 February 2012

Harry 1st writing Alphabet

ZACHARY

ZICO @ NAMA DADDY


LIANA @ NAMA MUMMY


BANYAK KALI TRY TAPI BELUM BERAPA PERFECT, SEBAB STILL BELUM DPT CONTROL HIS HAND AND PENCILS...SUSAH SANGAT BAGI SURUH DIA TULIS....ISHHHH INI BUDAK MEMANG MANJA KALAU MUMMY YANG SURUH DIA TULIS....
HURM...MY TARGET LEPAS NIH BAGI DIA FLUENT MENGEJA (BASIC)...
SEBAB SEMUA HURUF ABC DIA SUDAH HAFAL, 123 - 100 PUN SUDA HAFAL DLM B.INGGERIS DAN BM.....

Perkembangan kanak² 3-4 tahun



Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.

Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.
 
Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.
 
Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.

Perkembangan Sosio-emosi

Kadang-kandang mereka mengadakan kawan bayangan. Mereka memuji diri sendiri dan suka mengarah. Imaginasi mereka amat aktif.
  
Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai. Mereka mungkin agresif, tetapi tetapi perlukan kawan-kawan untuk bergembira dan bermain bersama-sama. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu, bapa, doctor, jururawat, posmen, polis dan guru. Mereka menghargai pujian untuk pencapaian mereka.

Kanak-kanak berumur 4 tahun perlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti lain boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran.
____________________________________________________________________________________________
1st Time bagi Harry masuk Pre-School, mummy ody target dlm tempoh 2-3 month Harry suda pandai cari kawan, berkawan, bergaul dan friendly...SyukurAlhamdullilah... x sampai 2 bulan dia getting better di dlm kelompok dia...masa mula² dulu masuk school dalam 2 minggu baru seorang nama kawan dia sebut...dalam sebulan macam 10 org...dan sekarang lebih 10 org...Thanks God....
itula azam saya beri dia sekolah seawal umur dia3/4 tahun, sebab harry jenis yg x suka bergaul dgn kawan sebaya² dia...cuzzy dia sendiri yg bertandang ke rumah pun dia x mau kawan. sangup dia stay d luar rumah daripada masuk bermain sama....
Itula my little Boy.....My Hero...My Harta di dunia dan 'di alam  sana'

Sunday 26 February 2012

Harry & Rawatan gigi




Baru nak plan g dentist this weekend..sebab harry ada masalah hakisan/kerosakan gigi yg teruk..dulu2 since baby x pernah bagi dia mkn chocolate,manis² or segala² yang bole merosakan gigi..selalu pantau gigi dia tiap² hari...tapi skrg suda semakin teruk hakisan sampai teeth depan tinggal tunggul...suda buat check up tapi masa tu DR ckp x bole cabut sb dia masi kecil...so plan this month mau bawa g cabut gigi sb dia dah berusia 4 years....than i research² kat google terbaca pulak article ni...so bnyk panduan yg i bole ambik, after this sabar dulu la x pyh g cabut gigi harry, just g check up saja...so jom kongsi sama² tips ni k....

Plus = mummy sendiri pun ada masalah gigi taring yg terpengal sebelah....langsung tak bole cabut sebab melibatkan akar penting di muka....so sekali la jumpa Dr weekend ni tanya pendapat lagi macamana....??

Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.
Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun
Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.
Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)
info di petik dari Dr.Leen/http://drleen.wordpress.com

Monday 20 February 2012

My Family - Race

My friends owez blur about my bangsa..some ckp me dusun,kadazan,cino,bajau bla2,sungai...hahaha...im pure Sabahan n dgn bangganya sya myatakan my race is Bajau. Bajau terdiri dgn pelbagai bangsa,mgikut asal dan tempat.
Ada bajau Tuaran(nama tempat/Kg), bajau Kota belud, bajau kota marudu, bajau suluk(campuran pilipin/kegayan), bajau sungai(slalu tdpt d Sandakan), bajau ubian (slalu tdpt di Kudat), bajau Brunai(campuran brunai) dan ada beberapa lg..(psstt sya lupa haha..google saja nti k).
Dan saya terdiri drpd Bangsa Bajau (Kota Marudu) ataupun Bajau Brunai (sb nenek pompuan asal papar dan bangsa pun brunai papar).Tapi atuk dan moyang sebenarnya bukn asal Sabah, asal dr Negeri Sembilan..memandangkan kna bekerja di perantauan dan terus bermastautin di Sabah, duduk di Kampung Kota Marudu beranak pinak pun di Kampung so jadila atuk,nenek org Kota Marudu dan gelar anak2 dan cucu mereka sbg bangsa Bajau..(memandangkan mereka suka dgn suku kaum sana dan terhutang budi dgn org kampung yg baik hati dan tumpangkan mereka duduk d kg. sampai ada tanah sendiri)...
Lain pula sblh mama side...arwah moyang,atuk sblh lelaki bangsa murut + cina(sino)..nenek pompuan pulak Murut Asli okey..(asal Tenom)...Apapun saya bangga dgn kedua bangsa parents :) gabungan yang sangat2 menarik di selitkan dgn budaya yg berbeza....cuma a bit kesal dgn diri sendiri sb saya dan adik-beradik langsung x pndai ckp bangsa sendiri...itu yg amat2 sekali di kesalkan..so utk anak dan cucu cicit kami nanti, saya cuba sedaya upaya kenalkan mereka bangsa moyang2 mereka ni,dan belajar bahasa bangsa.Im really Proud Of it..Love My Family yg MAjmuk.....


Bangsa husband pulak....
Sblh bapa asal Singapore...bangsa melayu + cina sebab atuk2 berbangsa cina....tapi mahu di kenali sbg Melayu Boyan....
Sblh mama (mentua) org Sarawak..bangsa Brunai Sarawak...yg best nya mentua sya ni bnyk bahasa dia tau...bajau,bahasa sarawak,brunai,bugis,tawau, semua dia tahu....wahhhh untung nya kalau fluent dgn bnyk bahasa..Ok that is my Family Race...yessss i love My family yg Majmuk....

Wednesday 15 February 2012

Menyemarakan Kasih Sayang yang telah Pudar

Tips i kutip dari RAPI ~

1. Wujudkan Suasana Romantis = Imbau kembali kenangan manis dulu²..Bagi hadiah dan sentiasa wujudkan suasana romantis
2. Pergi bercuti atau bagi hadiah wpun bukan pada hari yg istimewa. Selalu menghantar sms dgn kata² sayang.
3. Jaga Penampilan Diri = jaga penampilan diri agar pasangan tidak bosan.
4. Selalu Berterus-terang = Berteus-terang dan berbicang tentang punca kasih sayang kian pudar.
5. Dating Berdua = dating dan luangkan  masa bersama berdua sekali-sekala
6. Hargai Satu sama Lain = menghargai satu sama lain, hargai insan di sisi kita selagi dia di beri peluang utk bernafas

Di atas Tips yg aku dpt dr Majalah Rapi....dan kesemua tips tu memang aku dan hubby selalu praktikan..usia perkahwinan kami sudah mencecah 5 tahun.Asam garam la kalau ada bertengkar tuh...gaduh² manja..gaduh² serius, tapi semua tuh dugaan dari Maha Esa...
Selalu memberi dan menerima seadanya...sentiasa bersyukur dgn Dugaan atau peroleh Hikmah dr Nya...


Bought this yesterday 15/02
tertarik dgn tajuk/isi di dalam
kena timba ilmu lagi tentang hal² pjagaan anak,dan sebagainya....
also i love RAPI...majalah rapi murah boleh di dapati dgn harga RM6.00
banyak ilmu tentang penjagaan kecantikan luar dan dalam....
santai jew baca.....

Monday 13 February 2012

He Love Sticker


          Lately, Harry suka collect sticker mcm gini...ada bbrapa kali suda beli tapi lupa nak gambar...sticker bgini mummy letakan dlm satu buku lepastu lukis jalan raya, hospital, stesen bomba, school and rumah....than selebihnya order harry letakan this sticker ikut tempat masing²....like car suppose to jalan raya...bomba pulak di rumah kebakaran and bla...blaaa...  so today belikan lagi dia satu set car sticker, and another one is lekat di tempat² yg di sediakan...seperti taman- boleh lekatkan butterfly, birds n else.....









        The latest 0ne...harry n his cuzzy kakak Ain beli this sticker....terus my Ipad jadi mangsa...aiguuuuu....bida(x cantik terus) owh..sabar jelah mummy............

My Valentine Day



this gift for him~ wallet Alain Dellon~psttt murah² jer.....






original me ~ di V'Day 14/02 hehehhe




Lunch ~ berdua dgn hubby

new desk study~


thingking nak ambik yg ada kaler²ful tu tapi kecik....mummy mau yg long lasting means yg boleh guna lama sampai sek.rendah....so pilih yg inila...besar ckit, bnyk bole masuk hahaha...

harry and ART

handsome macam empunya...tapi kaler tu yg funny..kaki sebelah lain kaler, sebelah lain kaler juga...
neway gud job my handsome son....

Santai di Office

boring yg teramat..sampai terbeli benda nih...adjust² kuku kaki dan tgn tempat keja hahaha....

Sunday 12 February 2012

Wednesday 8 February 2012

Special Gift for U all....

since 2 days ago my blog been hacked or what...still dun know..i cannot masuk...
so today 9.02.12 tetiba dapat masuk...SyukurAlhamdulilah.....
so im gonna do something "kesyukuran" about this....so i decide to give who's any0ne pembaca yang ke 1000, akan me bagi "SPECIAL GIFT" its free...just blogwalking or singgah baca saja...!! cara paling mudah = Drop ur message d'my cbox, letak page view korang yg keberapa, last but no least whos gonna be reader yg ke 1000, me akan send ur gift....(currently my page view is 912)lets enjoy ur reading :)))

Monday 6 February 2012

Zackhy or Harry...urmmm...

Day by day umur harry almost 4yrs...dan sikap pun makin lama semakin berubah....
boleh2 nya minta mummy dan daddy panggil dia Zackhy...hahahaha...x mau suda di panggil Harry...adoooiii...
mummy ask "y x mau panggil harry".? n he said "teacher and friends call me Zackhy...".....adoooiii...mummy mengalah sajala...

Nah..!! sikap manja pun makin lama makin tebal...gedik betul...kadang² mummy yg naik beran tengok sikap dia kalau monday-friday(school weekdays) dia OK...x manja...tapiii sampai masa weekend dia duduk rumah...mummy n daddy pun cuti, siaplaa....!! naik kepala betol..!

Yang bestnya...dia suda pandai atur masa tengok TV antara mummy,daddy dan harry.....
mummy watching korea malam...harry watching cartoon siang(weekend) dan daddy main game (PsP)weekend(malam) hahahaha...pandai dia atur sendiri masa² kami tengok TV..it was good ok...so kami berdua (dgn hubby) pun ikutlah rule yang dia buat....

dan yang funny..dia ada admire satu girl nama ALIN at school...hohohoho...x berhenti nama dat girl dlm mulut dia...asyik² alin...macam x da kawan lain...but mummy unlucky sb everytime mau tengok tu kawan dia selalu x dapat....:( but nextime la.....

our spot every weekend ~ jogging & playground





Taman Kompleks Sukan Likas ~ every0ne can jogging..play playground and workout At GYM....

Friday 3 February 2012

Harry dan habit baru gigit jari

gambar contoh
a few days harry suka gigit jari....(sampai aku ingat aku mengandung hahahaha) dunTknow y..myb habbit baru kot...mummy selalu larang and pernah ugut bagi bubuh lada di tangan supaya x gigit jari lagi,.tapi buat juga...pun bagitau bnyk germs dalam tangan after sentuh sana sini lpstu x cuci tangan terus masuk mulut pun x dengar jugak, mummy mana tahan balik² bg dia hand sanitiser...finally baru terfikir idea bagi dia tengok youtube yg worm inside body/yg kanak² kena bedah dlm usus dia full of worm tu...nah..!! terus ON THE SPOT STOP...!!! siap geli bergerek lagi (bilang bngsa brunai) tengok begitu bnyk worm dlm badan...

Thursday 2 February 2012

mummy Liana & daddy Zico



bagaikan aur dan tebing
laut dan pantai
hulu dan sungai
bunga dan kumbang
merah dan biru
hitam dan putih