Monday 2 April 2012


  • 1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.




  • 2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

  • 3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)
Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.

  • 4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)

Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.



  • 5.Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)

Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam


so PRODUK ini la mummy guna sekarang...suda mengunakan selama sebulan...memang kesannya suda nampak sekarang..especially to my skin yg SENSITIVE nie memang susah cari produk yang sesuai....setakat ni Alhamdulillah x payah pakai produk mahal² cuma guna safi rania muka suda kembali tegang dan lembut dan masalah bekas² jerawat lama pun semakin berkurangan......

untuk cream pulak, saya x pakai Safia Rania sebab already guna Neutrogena everyday cream.....sayang nok kalau mau tukar hehehee mahal tuh....!!! ngeee..... 

so sesiapa yang masih tercari² produk apa yang sesuai utk usia mcm saya yg sedang dlm penuaan nih boleh la try Safi Rania...InsyAllah OK dan murah dan senang di dapati (utk saya yg tak mampu beli mahal²) ;0 x kisahla janji bagus utk kulit :)

No comments:

Post a Comment