Mereka boleh berlari menggunakan hujung kaki. Mereka juga berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di ‘monkey bar’, melompat dengan satu kaki, ‘rope skipping’. Mereka juga boleh membaling bola.
Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Mereka boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Mereka gemar membuka zip, ‘velcro’ atau magnet dan membuka butang baju. Kadang-kadang mereka mahu mengenakan butang baju anda. Mereka juga sudah mula mahu mengenakan pakaian dengan sendiri. Mereka gemar memasang tali kasut sendiri, mula menggunakan gunting, mula boleh menulis secara kasar. Semasa bermain mereka amat aktif dan lebih agresif.
Perkembangan Sosio-emosi
Kadang-kandang mereka mengadakan kawan bayangan. Mereka memuji diri sendiri dan suka mengarah. Imaginasi mereka amat aktif.
Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai. Mereka mungkin agresif, tetapi tetapi perlukan kawan-kawan untuk bergembira dan bermain bersama-sama. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu, bapa, doctor, jururawat, posmen, polis dan guru. Mereka menghargai pujian untuk pencapaian mereka.
Kanak-kanak berumur 4 tahun perlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti lain boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran.
Perkembangan Kepintaran
Mereka bertanya banyak soalan, tentang ‘macamana’ dan ‘kenapa’. Mereka banyak bercakap. Bahasa mereka akan termasuk juga perkataan yang tidak sesuai. Mereka gemar topik perbincangan yang serius. Mereka sudah boleh faham konsep-konsep asas seperti nombor, saiz, warna, tekstur, jarak, masa dan posisi objek. Kemahiran membeza dan menyisih serta kemahiran berfikir mereka semakin berkembang baik.